22 October 2010

Facebook Account

Cari JTK Pasir Gudang di Facebook.
Memudahkan lagi perhubungan antara komuniti.

Selamat bersosial. =)

21 October 2010

Pembubaran & Perlantikan baru AJK Tertinggi


Organisasi FT 17 Daerah Pasir Gudang telah bersetuju untuk merombak AJK Tertinggi terkini bagi pelantikan untuk Tahun 2011. Ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli-ahli yang lain memegang jawatan dan secara tak langsung dpt menyumbangkan sesuatu kepada organisasi ini apabila ditugaskan memegang jawatan tersebut. Setelah undian secara rawak dibuat, 1 AJK baru telah diatur dan akan berkuatkuasa mulai 01 Januari 2011.

07 October 2010

Bengkel Web Hosting

Tarikh : 07 Oktober 2010
Masa : 8.30 am
Tempat : SK Megah Ria

Bengkel ini diadakan khas untuk guru-guru ICT/penyelaras bestari serta juruteknik komputer bagi mengenalkan hosting PPD yg baru iaitu www.ppdpgudang.edu.my

Sekolah-sekolah di daerah Pasir Gudang boleh mendapatkan 1 laman web di bawah web hosting PPD. Wakil syarikat yang bertanggungjawab memberikan penerangan kepada semua peserta bengkel telah memberikan penerangan dengan sepenuhnya.

Terima kasih.

06 October 2010

Mesyuarat Kali Pertama

Tarikh : 06 Oktober 2010
Masa : 8.30 am
Tempat : SK Megah Ria

Mesyuarat FT PG telah diadakan & agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
- Pembubaran AJK 2010 & pemilihan AJK baru utk 2011
- Merancang aktiviti untuk Tahun 2011
- Membincangkan aktiviti yang telah & akan dijalankan untuk tahun semasa 2010
- Mesyuarat ditangguhkan